疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

don't breaking my heart的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
Salam Kekasih Allah ❤️ Dia masih di situ, di bangku yang sama, semalaman tidak dapat melelapkan mata, namun senyuman di pertahankan jua, kerana dia sedar dan setuju bahawa itulah sahaja yang boleh dianggap sahabatnya iaitu Senyuman nya.. “Tinggalkanlah segala yang engkau tahu dengan secara diberitahu, jika tidak di beri tahu, maka engkau tidak akan tahu akan berita tuduhan serupa itu!, yang penting engkau tahu yang engkau TIDAK melakukannya, Sesungguhnya terhanya Iblis yang sedang terbahak ketawa kegembiraan, dan jangan sekali-kali engkau berduka cita, Allah ada beserta dan melihat lagi mendengar segalanya“ – Pintas Hati Nuraninya memecah ruang renungnya., Matanya dipejamkan nasihat hati Nurani di hadamkan, Dia senyum dengan lebih lebar lagi, matanya yang cengkung keletihan, terasa segar, terlihat akan dirinya yang dianiaya dan sambil itu dia tidak ditinggal kesepian oleh bisikian kebaikkan.. “Kemana arah sukma mu di sebalik semua ujian ini?, sedarkah engkau Allah sebenarnya tidak menguji kamu, Allah sebenar sedang memberi ilmu, lihatlah hati dan akal kamu, adakah skeksa kebencian yang tumbuh menunas didalam Sukma mu?, TIADA!, maka seyumlah ke atas ini ilmu yang Allah hadiahkan ke dalam Qalbu mu..“ “Dalam hati mereka terdapat penyakit syak dan hasad dengki, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka“.- Surah 2 Ayat 10 “Katakanlah Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk“- Surah 113 Ayat 1. "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".- Surah 113 ayat 5, “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji“, - Surah 104 ayat 1., “Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya““- Surah 108 Ayat 3. “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.“- Surah 10 ayat ke 62 – Sekali lagi Hati Nuraninya mencelah mempernampakkan Kasih sayangnya. Yang menyebar Fitnah hanya akan merosakan jiwanya sendiri, Kerana setiap manusia memiliki akal sendiri, Akal yang baik pasti akan terselamat dari gejala penyambungan fitnah, mengumpat, syak wasangka, penyebaran kata cela dan keji, terhanya akal fikir yang lemah sahaja akan terpedaya dan terperangkap. Namun jika ada kasih sayang Allah Ta’ala ke dalam Hati mereka, Nescaya mereka pasti tidak akan terjebak ke dalam gejala masalah ‘penyakit Hati‘. Dia masih sendiri, fikirannya mula terbuka dengan satu kaedah yang membuat seyumannya berkelihatan lebih manis dari sebentar tadi. "There I was completely wasted, out of work and down, All inside it's so frustrating as I drift from town to town, Feel as though nobody cares if I live or die, So I might as well begin to put some action in my life Breaking the law, breaking the law, Breaking the law, breaking the law So much for the golden future I can't even start, I've had every promise broken, there's anger in my heart, You don't know what it's like, you don't have a clue, If you did you'd find yourselves doing the same thing too Tiba tiba dia terbayang Surah 2 Ayat ke 106. Matanya kembali dipejamkan dan senyum merayak masuk ke batinnya, memeluk segenap rasa di ruang Qalbunya. "Yes!! Breaking the law, breaking the law Breaking the law, breaking the law!" “Akan Aku bubarkan kaedah undang undang dan garis tertib yang ada dalam hati dan akal fikir ini!. Akan aku persetankan kesemua tuduhan yang direka bentuk oleh bisikan syaitan, Segala tuduhan tak akan ku ambil kisah lagi, tidak perlu untuk ku belakan, tuduhan adalah tuduhan, mereka yang ciptakan, aku tidak perlu menyusahkan akal ku!, Hidup ku bukan kerana kata puji, dan mati ku bukanlah di sebabkan kata keji dan benci...“ Pecahkan saja atur undang pada perasaan, Pecahkan saja atur undang pada akal fikiran, Tuduhan akan kembali kepada penuduhnya, Tiada ada apa lagi yang harus aku herankan, Terserahlah apa sekalipun kata akal kalian. “Kerana Hati ku tetap mempertuhankan Tuhan“ . .❤️ . 🌷Lepat🌷 .

Salam Kekasih Allah ❤️ Dia masih di situ, di ba...